TIGA lelaki dihadapkan ke mahkamah daerah semalam atas dakwaan terlibat dalam rusuhan di sebuah blok pangsapuri di Chinatown pada Ahad lalu (10 Mei).
Muhammad Farid Surian dan Noor Najat Alwi, kedua-duanya 20, dan Muhammad Roslan Mohamed Rumli, yang berusia 29 tahun semalam, masing-masing didakwa dengan satu tuduhan merusuh bersenjatakan senjata bahaya.





