KURSUS dalam talian bernilai lebih $1 juta kini ditawarkan percuma kepada orang ramai menerusi laman pembelajaran NTUC LearningHub (NTUC LHUB)
Sebanyak 100 kursus ditawarkan kepada orang ramai secara percuma selama enam bulan.
KURSUS dalam talian bernilai lebih $1 juta kini ditawarkan percuma kepada orang ramai menerusi laman pembelajaran NTUC LearningHub (NTUC LHUB)
Sebanyak 100 kursus ditawarkan kepada orang ramai secara percuma selama enam bulan.
Keluarga yang berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk masalah kewangan dan kesihatan mental, bakal menerima bantuan lebih menyeluruh dan terselaras menerusi satu rangkaian baharu yang menyatukan penyedia khidmat bagi menangani keperluan seluruh keluarga.
Dengan adanya rangkaian tersebut, keluarga tidak lagi perlu mendapatkan bantuan daripada pelbagai penyedia khidmat secara berasingan kerana penyedia khidmat akan “melihat keperluan keluarga secara menyeluruh, dan bukan hanya...
Seorang bekas guru agama, 87 tahun, didapati bersalah pada 17 November di Mahkamah Negara atas enam kesalahan mencabul seorang budak perempuan antara 2014 dan 2015.
Lelaki tersebut, yang berusia 75 tahun semasa kejadian, pernah mengajar mangsa mengaji dan merupakan kenalan rapat keluarga mangsa.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menggesa negara anggota Asean serta tiga rakan kongsinya – China, Jepun dan Korea Selatan – untuk menentang persaingan ekonomi dengan terus menegakkan sistem perdagangan yang terbuka dan berteraskan peraturan.
Langkah ini penting bagi memastikan rantau ini kekal terbuka dan terhubung ketika dunia berdepan dengan perpecahan dan persaingan ekonomi yang semakin meningkat.
Apabila memikirkan karya seni, mungkin ramai membayangkan lukisan yang tergantung di tembok putih, disinari lampu sorot.
Siapa sangka lantai gelanggang bola keranjang juga boleh dijadikan kanvas untuk menghasilkan seni?
MANILA: Asean seharusnya mempergiat kerjasama dengan Australia dan Korea Selatan bagi melindungi pertumbuhan ekonomi serta keselamatan rantau ini, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Ini lebih-lebih lagi di tengah-tengah peningkatan dasar perlindungan perdagangan dan ancaman digital yang semakin berkembang pesat, tambah beliau, ketika berucap dalam dua mesyuarat berasingan pada 16 November.





