Sebanyak 29 pertubuhan setempat, termasuk Taman Burung Jurong, SingHealth Polyclinics dan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) menerima Anugerah Hari Pekerja tahun ini, yang mengiktiraf sumbangan mereka dalam mempertingkat gaji, kebajikan dan laluan kerjaya pekerja.
Dalam kenyataannya pada Sabtu (16 Mei) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata pertubuhan-pertubuhan ini 'terus memperjuangkan kepentingan pekerja dalam tempoh mencabar pada masa ini."





