CUACA musim panas telah menarik sebahagian besar warga di Amerika dan Eropah untuk keluar rumah selepas terperap selama berminggu-minggu akibat perintah sekatan bagi membendung penularan koronavirus.
Orang ramai dilihat kembali ke pantai, taman dan ke jalanan sedang gelombang panas mula melanda selatan Eropah dan suhu rendah seakan berada dalam musim bunga membolehkan warga Amerika menanggalkan jaket musim sejuk.





