MENGEKALKAN jarak fizikal antara penumpang pengangkutan awam adalah sukar, terutama pada waktu sibuk, apabila bilangan penumpang dijangka bertambah bermula 2 Jun.
Namun, risiko jangkitan Covid-19 dalam masyarakat di Singapura adalah rendah dan risiko kepada penumpang juga adalah rendah, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.





