KEPUTUSAN label muzik Life Records International untuk menuju ke wadah digital pada 2013 telah membuahkan hasil.
Ini bermakna label muzik itu telah mula memuat naik lagu-lagu dalam bentuk audio atau video ke khidmat digital seperti Spotify, iTunes atau YouTube dalam usaha mendigitalkan karya artis-artis di bawah naungan Life Records International.




