SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) telah menandatangani memorandum persefahaman pada Khamis (20 Ogos) untuk bekerjasama dalam menyediakan latihan bagi karyawan penjagaan kesihatan di hospital tersebut. Mulai September, SIA akan memulakan latihan khidmat pelanggan bagi Pegawai Penjagaan Pesakit (PCO) baru di KTPH - sebuah peranan yang diilhamkan oleh program Duta Penjagaan yang KTPH dan SIA...





