MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jumaat (4 Dis) telah melancarkan sebuah portal pendidikan awam dan pengumpulan dana baru 'OurMadrasah.SG' untuk menyokong enam Madrasah sepenuh masa di sini.
Dalam kenyataannya, Muis berkata bagi membantu madrasah tangani tempoh mencabar ini, Muis dan madrasah setempat telah bekerjasama untuk membangunkan portal tersebut.
Menurut Muis portal itu diharap dapat memperluas jangkauan dan berkongsi kepada...




