KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menggantung hak istimewa pas kerja dua majikan kerana gagal mengatur jadual bagi pekerja mereka menjalani Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) bagi Covid-19.
Ini bermakna mereka tidak lagi boleh menggajikan pekerja berkenaan yang gagal dihantar ke sesi ujian di samping tidak dapat menggajikan pekerja baru menerusi sistem pas kerja hingga tempoh pergantungan itu tamat.





