SINGAPURA perlu membuat penyesuaian kepada perubahan yang disebabkan oleh Covid-19 dan pada masa sama, terus berpegang kukuh kepada nilai-nilainya, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.
Bagi mencapai matlamat ini, Encik Heng menggariskan empat bidang yang perlu diperkukuhkan negara ini bagi memastikan penakatan dan kejayaan negara di samping memperbaiki kehidupan warga dalam masa sukar sekarang.





