Polis berkata tiada unsur jenayah disyaki dan pihaknya diberitahu tentang kes kematian luar biasa di Blok 120 Ho Ching Road itu sekitar 4.15 petang.
Pasangan itu ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.
Anak lelaki mereka, yang sedang mengunjungi mereka, tidak sedarkan diri apabila paramedik tiba dan dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong...




