KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen Ahli-ahli Parlimen (AP) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan PN.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata PN tekad untuk terus bekerja kuat bersama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik COVID-19, lapor Astro Awani.





