BUAT julung-julung kalinya, Bulan Bahasa dilancarkan di kaca televisyen dan segala program bahasa dijalankan dalam talian bagi mematuhi langkah-langkah keselamatan akibat pandemik Covid-19 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya di mana ia diadakan dalam bentuk acara besar lagi gah.
Pelancaran itu yang telah disiarkan di Mediacorp Suria sebentar tadi telah dihadiri tetamu terhormat Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.





