LAPANGAN Terbang Changi, Tekka Centre dan Pusat Beli-Belah Queensway antara tempat yang dikunjungi kes Covid-19 dalam masyarakat ketika mereka dalam tempoh boleh menjangkiti orang lain.
Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (15 September) malam menyenaraikan tempat-tempat awam yang dikunjungi pesakit antara 1 dengan 9 September.





