WASHINGTON: Calon Demokrat, Encik Joe Biden, berkata pada Jumaat malam (6 November, waktu tempatan Amerika) bahawa beliau yakin akan memenangi pilihan raya presiden dengan majoriti jelas, walaupun beliau tidak mengisytiharkan kemenangan, dalam satu ucapannya sedang keputusan rasmi pilihan raya itu belum lagi diputuskan tiga malam selepas hari mengundi.
Encik Biden berada dalam kedudukan untuk memenangi lebih 300 undi badan perwakilan...





