ANGGOTA parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Raeesah Khan telah diberikan 'amaran tegas' dari pihak polis atas kiriman yang telah dimuat naik ke akaun media sosialnya yang didakwa menggalakkan permusuhan di kalangan masyarakat berbeza dan juga menghina mahkamah.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak polis berkata siasatan telah dilakukan dengan rundingan dari Pejabat Peguam Negara menyusuli laporan polis yang dibuat berkaitan Cik...





