SEBANYAK lima kes Covid-19 baru disahkan pada Ahad (27 Dis), dengan kesemuanya merupakan kes import. Ini termasuk kes melibatkan seorang pemegang permit kerja berusia 23 tahun yang telah menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di Mandarin Orchard Singapore sebelum dipindahkan ke satu lagi kemudahan khusus pada 20 Disember. Pada hari itu, Kementerian Kesihatan (MOH) memulakan siasatan ke atas 13 kes...




