WARGA Singapura yang menjadi ejen risikan buat China dalam memantau Amerika Syarikat telah diberkas oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) sekembalinya ke Singapura pada Rabu (30 Disember).
Dickson Yeo Jun Wei, 39 tahun, telah dihukum penjara 14 bulan di Amerika Syarikat kerana kesalahan merisik. Dia mendedahkan kepada penyiasat bahawa "tugas risikannya sebelum ini memberi sasaran kepada negara lain selain Amerika...




