Tika kulepasi Yio Chu Kang Road di lampu trafik menyusup belok ke jalan dua halamu ini bagai terapung di terowong waktu menembusi tapak kedai simpang, pejabat pos & klinik rakyat yang kini ghaib atas nama kemajuan & pembangunan
Geseran dedaun getah tiada lagi menyapa putih susunya telah lama kering hangit perit si penoreh adalah sejarah sumber harta ekonomi negara





