DENGAN tujuh gerai yang memaparkan 'medley' hidangan termasuk nasi padang, 'steamboat', sate dan makanan Barat, kedai kopi milik anak Melayu, Makan Empire, pastinya memenuhi cita rasa semua.
Makan Empire, yang baru dibuka pada 29 Oktober lalu di 11 Kaki Bukit Road, merupakan hasil kerjasama empat peniaga Melayu/Islam yang bertujuan untuk menambah lagi jumlah pusat makanan yang menawarkan makanan halal.





