KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat menyusuli peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.
Berita Harian Malaysia melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penutupan secara berperingkat itu akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove.





