BEIJING: China sedang mempertingkat langkah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 menerusi makanan rangkaian sejuk yang diimport.
Kementerian Pengangkutan China telah meminta syarikat logistik agar memastikan pekerja di pelabuhan perkapalan agar menggunakan pelitup apabila mengangkat atau memindahkan kargo makanan rangkaian sejuk yang diimport ini, khususnya daripada kawasan berisiko tinggi, jelas jurucakap kementerian, Encik Sun Wenjian di satu sidang media pada Jumaat (27...





