Oleh: Nikolas Jonathan Tjokrosusanto Sekolah Menengah Commonwealth | Menengah 3
Oleh: Nikolas Jonathan Tjokrosusanto Sekolah Menengah Commonwealth | Menengah 3
KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Ariffin tidak kecewa apabila namanya tidak tercalon dalam mana-mana kategori Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), sebaliknya menganggap anugerah sekadar bonus dalam kerjaya seni, dengan mutu lakonan menjadi keutamaan.
Zul atau nama lengkapnya, Zulkifli Ariffin, 40, berkata, selagi masih diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk menjayakan sesebuah karya dan hasil kerjanya diterima penonton, perkara itu sudah cukup...
Singapura ‘kekalkan pilihan terbuka’ sama ada akan mengambil tindakan terhadap syarikat yang melanggar undang-undang di bawah Akta Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 14 Oktober.
“Kami sedang mengumpul data dan kami akan menyemaknya dengan teliti,” kata beliau kepada wartawan sewaktu acara pengagihan pelitup N95 di Kelab Masyarakat Yuhua di Boon Lay pada 9.30...
Usaha memperkukuh persefahaman antara agama merupakan satu ikhtiar berterusan, terutamanya ketika suasana global kadangkala menyaksikan geseran akibat salah tanggapan terhadap agama, kata Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Beliau menambah bahawa keharmonian yang dinikmati di Singapura hari ini adalah hasil usaha gigih pelbagai pihak yang tidak pernah berhenti menguruskan isu serta meningkatkan persefahaman sesama masyarakat.
Sebilangan sekolah mengurangkan kegiatan luar apabila PM2.5 sejam, iaitu zarah mikro yang boleh terhidu masuk ke dalam paru-paru dan memasuki aliran darah, mencapai tahap sangat tinggi di barat Singapura pada petang 14 Oktober.
Sekolah Tinggi Maris Stella misalnya membatalkan kegiatan sukan luar, manakala Sekolah Tinggi Nan Hua berkata ia membatalkan sekurang-kurangnya satu kegiatan kokurikulum (CCA).
Dua kapal kontena berdaftar di Singapura dilaporkan terkena objek tidak dikenal pasti ketika belayar melalui Selat Hormuz pada 13 dan 14 Oktober.
Kapal GFS PRIDE dan GFS GISELLE dilaporkan terkena objek tersebut masing-masing pada 13 dan 14 Oktober 2026, menurut kenyataan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada 14 Oktober.





