JAKARTA: Kementerian Kesihatan memperketat pemeriksaan kesihatan bagi warga asing yang memasuki Indonesia, termasuk tetamu negara, bagi mengelak kemasukan cacar monyet (mpox).
“Kami meningkatkan kewaspadaan, terutama di pintu masuk negara, dan mengeluarkan soal selidik untuk warga asing yang menjadi tetamu negara,” kata pemangku ketua pengarah pencegahan dan kawalan penyakit kementerian itu, Dr Yudhi Pramono, dalam satu sidang media dalam talian pada...





