Singapura mula melaksanakan pemeriksaan suhu badan dan visual di lapangan terbang Changi dan Seletar mulai 23 Ogos, sebagai langkah berjaga-jaga terhadap risiko penularan jangkitan mpox, yang sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet, dari luar negara.
Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata ia akan mempertingkat keupayaan pengawasan Singapura terhadap virus berjangkit itu di...





