KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara mempertikaikan jumlah akuan berkanun (SD) yang diterima mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.
Beliau berkata disebabkan pertikaian itu, ketetapan untuk melantik Perdana Menteri Ke-10 dan menubuhkan kerajaan diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong...





