Orang kurang upaya (PwD) dewasa bakal menerima sokongan untuk hidup berdikari dalam masyarakat pada tahun-tahun akan datang – di samping perkhidmatan penjagaan dan bimbingan untuk memenuhi keperluan mereka sepanjang hayat.
Sehingga 250 individu akan menyertai program perintis yang dikenali sebagai Program Kehidupan Berupaya (ELP) dari 2025 hingga 2028, yang membolehkan mereka mendiami kelompok flat sewa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)...





