Singapura dilanda angin kencang dan hujan lebat secara tiba-tiba pada 17 September. Angin kencang digelar ‘Squall’ Sumatera itu menyebabkan beberapa pohon tumbang dan kerosakan serta keadaan lau lintas perlahan.
Singapura dilanda angin kencang dan hujan lebat secara tiba-tiba pada 17 September. Angin kencang digelar ‘Squall’ Sumatera itu menyebabkan beberapa pohon tumbang dan kerosakan serta keadaan lau lintas perlahan.
Bagi membolehkan Singapura memahami kuasa geopolitik yang sedang membentuk semula dunia, ia perlu mempunyai kefahaman mendalam, terperinci dan manusiawi terhadap pandangan dunia, kebimbangan serta impian yang ingin dicapai pemimpin di Beijing dan Washington.
Negara ini juga harus mempunyai tahap kefahaman mendalam yang sama terhadap kuasa yang membentuk masyarakat di negara jiran terdekatnya, Malaysia dan Indonesia, serta tidak menganggap bahawa hubungan...
Satu inisiatif penyelidikan nasional yang penting dalam bidang sains laut telah dilancarkan secara rasmi pada 22 September, dengan bidang kuasa untuk membantu Singapura dan rantau Asia Tenggara yang lebih luas menangani cabaran daripada pembangunan pesisir pantai hingga kepada perubahan iklim.
Institut Sains Marin dan Lautan Kebangsaan (Nimos) yang bernilai $60 juta, ditubuhkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) bersama Universiti Nasional...
Kanak-kanak berusia empat tahun, Megan Khung, meninggal dunia pada Februari 2020 setelah mengalami penderaan berterusan selama lebih setahun.
Kes tragik kanak-kanak itu mungkin dapat dikesan sekitar lima bulan lebih awal sekiranya keupayaan perlindungan baharu untuk kanak-kanak oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sudah wujud ketika itu.
Pekerja sosial bagi kes perlindungan kanak-kanak kini akan mendapat akses lebih lancar kepada maklumat penting daripada pelbagai agensi menerusi sebuah unit penyelarasan perkhidmatan yang baharu.
Dinamakan Isyarat Pemahaman bagi Penglibatan dan Tindakan Barisan Hadapan (SAFER), unit ini meneliti maklumat dan perkembangan penting mengenai keselamatan kanak-kanak daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), Pasukan Polis Singapura...
Atlet seni bela diri campuran (MMA) Singapura, Tiffany Teo, memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Asia selepas menjuarai final kategori tradisional 60 kilogram (kg) wanita pada 22 September.
Di Nagoya City Inae Sports Centre, Teo menewaskan Khilola Sobirova dari Uzbekistan untuk melengkapkan kempen sulungnya yang cemerlang di Sukan Asia.





