Adalah penting bagi negara-negara kecil berganding bahu dan mempergiat usaha memperkukuh sistem yang melibatkan berbilang hala, serta mempertahankan prinsip undang-undang antarabangsa, dalam era konflik dan persaingan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada 19 September.
Dalam rakaman mesej yang disampaikan sewaktu pelancaran laporan oleh Institut Keamanan Antarabangsa (IPI) yang berpangkalan di New York, dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Encik...





