Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang mempunyai rangkaian perniagaan di 20 negara dianggarkan mempunyai pengikut mencecah 10,000 orang di Malaysia dan luar negara.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, bagaimanapun mengesahkan Op Global yang dilakukan pihak berkuasa sejak 11 September lalu telah melumpuhkan struktur syarikat itu dan usaha menyelamatkan ahli serta mangsa melibatkan kanak-kanak sedang giat dijalankan...





