Singapura menyokong sepenuhnya usaha bersama yang dilakar dalam rangka tindakan ‘Pakatan untuk Masa Hadapan’, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman.
Ini setelah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepakat menerima pakai rangka tindakan itu pada 22 September dalam segmen pembukaan Perhimpunan Agung PBB bagi Perbahasan Pleno Sidang Puncak Masa...





