Apabila Cik Mardiana Idrus, 39 tahun, mendaftar dirinya dan kededua anaknya dalam program eKelasMateMatika (eKMM) anjuran Yayasan Mendaki pada 2023, apa yang beliau tidak sedar adalah betapa seronoknya program tersebut, bukan sahaja untuk anak-anaknya, malah untuk dirinya juga.
Melalui pendekatan yang sistematik, Cik Mardiana, seorang suri rumah, dapat mempelajari bagaimana beliau dapat menjadikan Matematik sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan...





