IPOH: Seramai 101 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami keracunan dipercayai selepas memakan ayam goreng dan meminum minuman coklat di kantin sekolah pada 24 September.
Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui sistem e-pemberitahuan pada 8 pagi apabila lima murid sekolah tersebut menunjukkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah, sakit perut...





