Harga saham Singtel melonjak beberapa minggu kebelakangan ini kerana pelabur kini lebih faham tentang cara syarikat itu melaksanakan rancangan dividennya.
Dalam tempoh setahun hingga 30 September, harga saham syarikat itu meningkat 31.2 peratus. Dalam lebih sebulan selepas hari pelabur syarikat itu pada 29 Ogos, harga sahamnya meningkat 7.3 peratus.





