PASUKAN wanita floorball Singapura tidak mengecewakan apabila mereka mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas pesaing utama Malaysia dan berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam acara Floorball Sukan SEA.
Jaringan gol pertama didahului Lai Soak Kuan hanya 50 saat setelah perlawanan bermula, diikuti dengan dua jaringan oleh Ong Hui Hui pada bahagian kedua dan ketiga.






