NASKHAH Al-Quran berusia 147 tahun dan merupakan antara yang terawal pernah diterbitkan di Singapura kini dipamerkan buat julung-julung kalinya dalam pameran selama tujuh bulan di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bagi menyusuri sejarah dan warisan Singapura.
Al-Quran yang dicetak di Kampong Glam pada 1869 dan menggunakan salah sebuah mesin cetak terawal di Singapura itu adalah sumbangan antara penderma utama NLB, Profesor...





