Jurucakap Pasukan Pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil), Encik Andrea Tenenti, menunjukkan pinggir selatan Beirut dari pejabatnya di Rumah Unifil di Baabda di timur ibu negara Lebanon pada 12 Oktober.
DuniaOct 14, 2024 | 12:35 PM

Kereta kebal Israel ceroboh pangkalan pasukan pengaman PBB di Lebanon

BAITULMAKDIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa dua kereta kebal Israel telah menceroboh masuk ke pangkalan Pasukan Pendamai PBB di Lebanon (Unifil) di selatan Lebanon – sekali lagi mencetuskan tuduhan pelanggaran, pencabulan dan serangan oleh Israel.

Kejadian itu berlaku pada 13 Oktober dan meningkatkan ketegangan di kawasan sempadan yang sudah sedia bergolak.

alat pembersih udara, jerebu, sekolah MOE
SingapuraNov 3, 2026 | 8:15 PM

Alat pembersih udara dalam bilik darjah diaktifkan apabila tahap jerebu tambah buruk

Alat pembersih udara dalam bilik darjah bagi sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (MOE) dihidupkan, dengan pintu dan jendela kelas ditutup apabila tahap jerebu meningkat di Singapura.

Pintu dan tingkap sedemikian akan dibuka secara berkala bagi mengekalkan keseimbangan mutu udara, suhu dan tahap karbon dioksida, kata Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Janil Puthucheary.

Pejabat Utusan Malaysia dan Kosmo! yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Syarikat penerbitannya, Media Mulia Sdn Bhd akan melaksanakan Program Cuti Berbayar, dengan kira-kira 100 kakitangan terlibat akan diketahui pada 4 November.
MalaysiaNov 3, 2026 | 8:14 PM

Belum pulih dari episod luka 2019, akhbar bahasa Melayu tertua di M’sia diuji lagi

Tidak pernah terlintas dalam fikiran sebahagian wartawan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!, bahawa mereka sekali lagi berdepan situasi sukar seperti yang pernah berlaku pada 2019 apabila syarikat penerbitan akhbar itu, Media Mulia Sdn Bhd, bakal melaksanakan Program Cuti Berbayar.

Kebimbangan mengenai masa depan dan periuk nasi mereka kembali menyelubungi, menyusuli keputusan syarikat meletakkan 100 kakitangannya dalam Program Cuti Berbayar itu,...

Singapura tidak akan mencalonkan kawasan sivik Padang untuk disertakan dalam Senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), umum Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 3 November.
Keputusan tersebut dibuat susulan satu Penilaian Awal yang diadakan dari akhir 2023 hingga akhir 2024.
Walaupun penilaian itu mengiktiraf kepentingan nilai sejarah dan warisan tapak berkenaan, ia turut mengenal pasti beberapa langkah tambahan yang bakal menimbulkan cabaran besar terhadap perancangan dan pembangunan masa hadapan di kawasan tersebut dan menjangkau Padang.
Contohnya, Singapura perlu berunding dengan Unesco berhubung sebarang pembangunan yang boleh menjejaskan nilai kepentingan warisan tapak berkenaan, jelas NHB.
SingapuraNov 3, 2026 | 7:54 PM

S’pura tidak teruskan pencalonan Padang, bangunan sivik di sekitar, bagi Tapak Warisan Dunia Unesco

..

pesalah muda, penipuan, hukuman penjara
SingapuraNov 3, 2026 | 7:20 PM

Hukuman penjara, pemulihan disaran bagi pesalah muda terlibat penipuan

Golongan muda yang menjadi keldai penipuan mungkin berdepan hukuman penjara atau Latihan Reformatif (RT) sebagai hukuman sedia ada, dan bukan probesen, di bawah usulan undang-undang baharu.

Langkah itu bertujuan memperkukuh pendirian pencegahan pemerintah terhadap kesalahan sedemikian, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Pemandangan Padang dari Swissotel The Stamford. Singapura tidak akan mencalonkan The Padang Civic Ensemble – iaitu kawasan Padang dan deretan bangunan sivik di sekitarnya – untuk disenaraikan dalam Senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), umum Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 3 November.
SingapuraNov 3, 2026 | 6:55 PM

NHB: Pencalonan Padang bagi Tapak Warisan Dunia Unesco bakal timbulkan cabaran besar perancangan, pembangunan

Kawasan Padang mempunyai warisan yang penting dan berpotensi dicalonkan sebagai tapak warisan dunia, menurut Penilaian Awal oleh Pusat Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Namun, beberapa langkah tambahan bagi merealisasikan pencalonan itu bakal menimbulkan cabaran besar terhadap perancangan dan pembangunan masa hadapan di kawasan tersebut, jelas Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 3 November.

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video