MANILA: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf telah membunuh warga asing kedua daripada tiga yang mereka culik dari sebuah resort mewah di kepulauan Mindanao di selatan Filipina.
Kumpulan kecil tetapi kejam itu melaksana ancaman mereka akan memenggal kepala Encik Robert Hall, 51 tahun, dari Canada, pada Isnin (13 Jun) di pulau Jolo, wilayah Sulu, lapor akhbar Daily Inquirer Filipina, memetik jurucakap bernama...





