SANGGUPKAH anda membayar AS$10,000 ($13,502) bagi membeli seekor ayam? Ayam yang dimaksudkan itu ialah ayam serama yang boleh memenangi 'pertandingan ayam cantik'.
Tertarik dengan pertandingan ayam cantik itu, empat mahasiswi telah pergi ke Kelantan dan Indonesia untuk merakam pertandingan tersebut bagi dokumentari Chicken Beauty Pageant.





