Sungguhpun usaha menghapuskan prasangka perkauman atau agama secara terang-terangan masih perlu diteruskan bagi memperkukuhkan lagi ikatan silang agama dan kaum di Singapura, prasangka bersifat halus adalah sesuatu yang turut perlu diberi perhatian, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Semasa berucap di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands pada 14 Oktober, beliau berkata prasangka...





