MEMPERKASA wanita sangat penting dalam usaha memerangi dadah dalam masyarakat Melayu/Islam setempat.
Memahami bagaimana wanita memainkan pelbagai peranan dalam keluarga, pengasas Liyana Musfirah Network, Ustazah Liyaana Musfirah Anwar, mahu memperkasa, mencetus inspirasi dan memberi sokongan kepada wanita Melayu/Islam yang bersiko terjerumus dalam kancah dadah.





