Selama 18 tahun berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat berbilang negara, Honeywell Inc, Cik Noorasykin Mokhtar, 42 tahun, sudah biasa berdepan dengan cabaran bekerja dalam persekitaran yang dikuasai lelaki.
Walaupun kerap diuji oleh cabaran pekerjaan, prinsip teguh dan keyakinannya mendorong beliau terus maju. Dengan kelulusan sarjana muda Kejuruteraan daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Noorasykin menggunakan disiplin serta daya tahan...





