JAKARTA: Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, mengumumkan bahawa polis telah menahan 181 suspek pengganasan dalam operasi pencegahan sepanjang dua tahun dari 2023 hingga 13 November 2024.
Operasi itu dijalankan oleh skuad antipengganasan Pasukan Detasmen 88 (Densus 88) Polis Nasional Indonesia dengan kerjasama Kor Briged Bergerak (Brimob), sebuah unit separuh tentera operasi khas pasukan polis yang bertanggungjawab dalam...




