Jumlah penduduk Singapura yang bekerja atau aktif mencari pekerjaan kekal tinggi, namun ia merosot buat tiga tahun berturut-turut pada 2024, sedang bilangan warga emas di negara ini semakin meningkat.
Meskipun kadar penyertaan tenaga kerja meningkat bagi kebanyakan kumpulan usia, kadar keseluruhan bagi penduduk berusia 15 tahun dan ke atas turun kepada 68.2 peratus pada 2024 daripada paras tertinggi 70.5 peratus...





