BEIRUT: Gencatan senjata antara Hezbollah dengan Israel, yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan Perancis, telah memberikan kelegaan sementara kepada konflik yang berlarutan selama lebih setahun.
Namun, ketegangan terbaru akibat pelanggaran perjanjian oleh kedua-dua pihak menimbulkan persoalan sama ada gencatan senjata itu dapat bertahan dalam keadaan yang semakin tidak menentu.





