Saudara-mara dan rakan-rakan memegang sepanduk semasa mereka berkumpul di sekeliling bas yang membawa banduan yang dibebaskan dari penjara Insein di Yangon, Myanmar, pada 4 Januari 2025. Tentera Myanmar mengumumkan pengampunan kepada lebih 5,000 tahanan di seluruh negara pada 4 Januari untuk menandakan Hari Kemerdekaan.
DuniaJan 4, 2025 | 9:44 PM

Junta Myanmar akan bebaskan hampir 6,000 banduan dalam pengampunan tahunan

YANGON: Pemerintah junta Myanmar pada 4 Januari berkata ia akan membebaskan hampir 6,000 banduan sebagai sebahagian daripada pengampunan tahunan bagi menandakan Hari Kemerdekaan negara itu.

Tentera negara itu telah menahan ribuan penunjuk perasaan dan aktivis sejak rampasan kuasa Februari 2021 yang menamatkan percubaan demokrasi ringkas Myanmar dan menjerumuskan negara itu ke dalam kekacauan.

Ketua Pegawai Operasi dan Pegawai Perlindungan Data NCCS, Encik Chong Pang Boon, berkata selain alamat e-mel, tiada nombor NRIC, nombor telefon atau data peribadi lain yang terdedah.
SingapuraSep 20, 2026 | 1:15 PM

Pusat Barah Nasional mohon maaf selepas alamat e-mel lebih 460 penerima tersilap terdedah

Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) memohon maaf selepas satu e-mel undangan ke sebuah acara tersilap dihantar kepada 467 alamat e-mel dengan penerima dapat melihat alamat e-mel satu sama lain.

Dalam satu kenyataan pada 19 September malam, Ketua Pegawai Operasi dan Pegawai Perlindungan Data NCCS, Encik Chong Pang Boon, berkata pusat itu amat sesal atas kesilapan tersebut, yang beliau sifatkan sebagai...

liga perdana singapura
SukanSep 20, 2026 | 12:05 PM

SPL berehat, tumpuan beralih ke Piala Asean Fifa

Liga Perdana Singapura (SPL) kini berehat seketika, memberi laluan kepada tempoh rehat antarabangsa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), dengan perhatian kini beralih kepada pasukan Singa yang bakal memulakan cabaran dalam edisi sulung Piala Asean Fifa di Indonesia.

Namun, dua minggu pertama musim SPL 2026/27 sudah memberikan lebih daripada cukup bahan untuk dibincangkan – daripada pembayang awal pencabar SPL, kepada...

bayi Covid,  Irfan Helmi, masuki Darjah 1
SingapuraSep 20, 2026 | 5:30 AM

Dulu sensitif, pemalu tetapi kini mudah bergaul dan mesra

Daripada menangis apabila berhadapan dengan orang dewasa yang tidak dikenalinya di kaunter pembayaran, Irfan Helmi Mohamad Faeez kini sudah berani membuat bayaran sendiri serta mengucapkan kekata seperti “tolong” dan “terima kasih”.

Perubahan itu cukup bermakna bagi ibunya, Cik Shamsydar Ani, 36 tahun, yang pernah bimbang tentang kemahiran sosial anaknya selepas Irfan menghabiskan tahun-tahun awal dalam suasana dicengkam pandemik Covid-19.

bayi Covid, masuki Darjah 1, Nur Madinah
SingapuraSep 20, 2026 | 5:30 AM

Mula kenal dunia melalui teknologi, kini ‘bayi Covid’ siap langkah ke ‘Big School’

Big school atau ‘sekolah besar’ merupakan gelaran yang diberikan Nur Madinah Muhammad Hasri, enam tahun, bagi sekolah rendah yang bakal dimasukinya pada 2027.

Semakin hampir masanya untuk melangkah ke Sekolah Rendah Fengshan, semakin banyak soalan yang diajukan Madinah kepada ibu bapanya.

bayi Covid, Aa’liya Nur Zaira, yakin diri, masuki Darjah 1 pada 2027
SingapuraSep 20, 2026 | 5:30 AM

Belajar urus wang, bangun awal antara persiapan ‘bayi Covid’ masuk Darjah 1

“Berapa lama lagi sebelum saya masuk Horizon Primary?” soalan yang sering ditanyakan Aa’liya Nur Zaira Mohamad Zahid kepada ibunya.

Begitu terujanya Zaira, enam tahun, untuk melangkah ke Darjah Satu di Sekolah Rendah Horizon pada 2027.

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video

PULAU NIRUP: Destinasi cuti terbaik, paling dekat untuk warga kota
Play Video

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video