GAZA: Rakyat Palestin mula mencari beribu-ribu penduduk Gaza yang dipercayai mati dan masih tertimbus di bawah runtuhan akibat perang pada hari kedua gencatan senjata antara Israel dengan Hamas dilaksanakan.
Gencatan senjata dalam perang selama 15 bulan yang telah memusnahkan Jaluran Gaza dan menggegarkan Timur Tengah itu berkuat kuasa pada 19 Januari dengan pembebasan pertama tiga tebusan Israel yang ditahan Hamas...





