Sejak Januari 2024, sekurang-kurangnya 198 laporan mengenai kes penipuan sokongan teknikal telah dibuat, dengan kerugian berjumlah sekitar $17.5 juta, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Agensi Keselamatan Siber (CSA) dalam satu kenyataan bersama pada 21 Januari.
Memaklumkan kepada orang ramai tentang kebangkitan semula kes sedemikian, kenyataan itu menyatakan modus operandi penipuan sedemikian melibatkan mangsa menerima amaran ‘pop-up’ pada komputer mereka...





