Platform akademik dalam talian, East Asia Forum, telah dikenakan arahan pembetulan kerana menerbitkan artikel yang mengandungi beberapa kenyataan palsu berkaitan tadbir urus Singapura, termasuk pengendalian pertikaian 38 Oxley Road serta perbicaraan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh.
Pada 22 Januari, Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) berkata ia telah mengarahkan platform tersebut supaya memaparkan notis...





