Bilangan syarikat yang menjalani projek transformasi dengan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada 2024 turun kepada 2,300 – lebih rendah berbanding 3,000 pada 2023 dan 2,800 pada 2019 sebelum Covid-19, kata Pengerusi EnterpriseSG, Encik Lee Chuan Teck.
Bercakap pada taklimat media tahunan EnterpriseSG pada 23 Januari, Encik Lee berkata cabaran seperti ketidaktentuan geopolitik, kos perniagaan yang lebih tinggi dan gangguan teknologi mungkin...





